My Family

My Family

Sabtu, 13 Ogos 2011

Renungan Buat Semua...

Anak dan Ibu..

Bila seronok, aku cari pasanganku
Tapi bila sedih, aku cari Ibu..
Lantas Ibu mengembirakanku.
 
Bila berjaya, aku ceritakan pada pasanganku
Tapi bila gagal, aku ceritakan pada Ibu..
Lantas ibu memberiku galakan.

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Tapi bila berduka, aku peluk erat Ibuku..
Lantas ibu memujuk sambil menyisir rambutku..

Bila nak bercuti, aku bawa pasanganku
Bila bekerja, aku hantar anak ke rumah Ibuku,
Dengan rela Ibu sanggup menjaga anakku yang nakal..

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Setiap masa.. Ibu teringat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Ibuku

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Nasihat ibu:-
"Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja...
Mak harap kamu kerja elok2 dan simpan duit untuk diri kamu.. Boleh le cepat2 kahwin.. Pasal mak usah lah kamu risau yer".
Semuanya BOLEH bagi ibu, tetapi semuanya SUSAH bagi kita sebagai anak..Terlalu banyak pengorbanan Ibu buat kita. Terlalu banyak alasan kita untuk menggembirakan ibu..

Tapi bila IBU SUDAH TIADA.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan